Selasa, 5 Mei 2009

RENUNGAN


LUASNYA NERAKA ALLAH


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w. : "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahanam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahanam." Jawabnya: "Ya ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan mnimumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu pintunya bagaikan pintu pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70 000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang orang munafik, dan orang orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang basara bernama Sa'eir.

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar lnabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?". Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab "Peingatan Bagi Yang Lalai")

Dari hadis Qudsi:

"Bagaimana kamus masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku"

Tahukah kamu bahawa neraka Jahanam Ku itu:
  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
  2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  4. Setiap kampung mempunyai rumah
  5. Setiap rumah mempunyai bilik
  6. Setiap bilik mempunyai 70, 000 kotak
  7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70, 000 ekor ular
  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat
  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70, 000 rantai
  11. Setiap rantai diseret oleh 70, 000 malaikat
Mudah mudahan dapat menimbulkan keinsafan kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkan kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekelian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amir R.A.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.


0 komen:

Catat Ulasan