Ahad, 26 April 2009

Artikel Keluaran Bulan April



Peristiwa Penting Rabi'ul Akhir

Peperangan

Ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya
  • peperangan Najran
  • pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir
  • peperangan Al-Ghabah/Zi-Qarad
  • peperangan Al=Ghamar
  • peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidina Aisyah r.a. terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
Pengepungan Damsyik pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid binn Al Walid r.a. tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. di bai'ah menjadi Khalifah yang kedua.

Ramai para sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a. dan Ibnu Zubir r.a. dan Imam Ghazali r.a. meninggal dunia.

Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra' dan Mi'raj Rasulullah s.a.w. (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra' dan Mi'raj Rasulullah s.a.w.


Rabiul Akhir Yang Bahagia

Jika Rabiul Awal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiul Akhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di tanah arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiul akhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah mendapati nama nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w. mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiul Akhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berdasarkan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiul Akhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.

Tamar berbunga maka sempena kebetulan ini umat Arab dahulu menamakan bulan ini dengan Rabiul Akhir.

0 komen:

Catat Ulasan